pada suatu hari di sekolah,
seorang murid bertanya pada gurunya.
ketika itu guru tersebut sedang mengajar
tentang kasih sayang.
PELAJAR:"cikgu,macam mana kita nak pilih seorang yang terbaik sebagai orang yang kita sayang? macam mana juga kasih sayang
itu nak berkekalan?"
CIKGU:"ok kamu ikut apa yang saya suruh. kamu pergi ke padang.kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.dah petik rumput
yang PALING cantik,bawa ke kelas."
apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,
tiada sehelai rumput pun di tangannya.
cikgu bertanya,kenapa tiada rumput yang dipilih?
PELAJAR:"tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput yang paling cantik.memang ada banyak rumput yang cantik,tapi cikgu kata petik yang palingcantik,maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke
belakang lagi.tapi sampai di penghujung padang,saya tak jumpa pun yang paling cantik.mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik,tapi
dah cikgu cakap tak bolehmenoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik."
CIKGU:"ya itulah jawapannya.maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. kita patut hargai orang yang di depan kita sebaik-baiknya.jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. semoga yang berlalu tak akan berulang lagi. dan ingatlah orang yang paling kita sayang
itulah yang paling camtik dan paling baik.walaupun
nk ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti
rumput tadi......."